Khamis, 5 Mei 2016

PERSAHABAT



Pejam celik, pejam celik sudah 2 tahun ak di UTM untuk menuntut ilmu, dah penghujungnya semakin hari semakin dekat, lagi 1 semester maka tamat la pengajianku disini. Dimana cita dan cinta aku untuk mendapatkan segulung ijazah yang di dambakan oleh ku dan harapan kepada ibubapaku. 

selama aku menuntut ilmu di gedung Ilmu ini, pelbagai suka duka ku lalui, ianya diluar jangkaan ku, rupanya menuntut ilmu UTM ni lebih mencabar dari Politeknik. Dihari pertama aku melangkah masuk ke universiti ini lah dengan penuh harapan akan kulakukan lebih baik dari Politeknik dahulu, ya iya lebih baik dari Politeknik dahulu perestasi akademik aku semakin meningkat dengan baik.allhamdulilah. tapi rintangan yang ku lalui disini dari segi kawan dan kewangan lebih mencabar lebih-lebih lagi apabila mengambil kos sepertiku ini yang perlu kewangan yang kukuh.tetapi cabaran disini tidak memutuskan semangatku malah menguatkan ku agar lebih matang.

Disini suka duka yang ku lalui penuh mencabar hari demi hari sangat mencabar dari segi fizikal mahupun rohani. Walauapapun yang aku lalui aku percaya pasti ada hikmahnya dan Allah s.w.t sentiasa bersamaku.dia la tempat aku mengadu nasib dan sedihku ini. sukar untuk ku temui sahabat untuk aku mengadu nasib.dan memahami diriku ini. apakah ramai yang tidak suka bersahabat dengan aku ?.


sepanjang aku menuntut ilmu disini aku menjumpai pelbagai kerenah manusia yang pelbagai dan unik , ataupun aku yang pelik dan unik dari mereka. disini juga aku mencari sahabat, ya sukar untuk dicari. aku adalah manusia apabila bersahabat dengan seseorang aku melayan seperti adik beradik sendiri itulah aku. aku tidak berkira kepada kawan-kawanku, apa yang aku boleh tolong in sha allah akan ku berikan pertolongan,bagiku persahabatan yang terjalin adalah sebahagian dari iman seorang muslim menyanyangi saudaranya seperti menyanyi diri sendiri.

dalam persahabatan ini pasti ada hati terluka. aku juga pernah terluka. tapi aku biarkan seperti air yang sentiasa mengalir, masuk telinga kiri keluar kanan.begitula kerana menjaga persahabatan yang terjalin.jadi apa yang aku rasa dalam hati aku biarkan sahaja. kerana aku mengangap sahabatku seperti darah daging ku sendiri.

Imam syafie pernah berkata pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. akhir sekali Terima kasih sahabat.! Kamu bukan sekadar mendengar kisah hidupku, tapi kamu adalah sebahagian daripada kisah itu.. Moga kita bersahabat hingga ke Jannah.semoga Allah juga merahmati mu Sahabatku semoga kalian berjaya didunia dan akhirat ameen.